Video Bar

Loading...

Saturday, April 22, 2006

Peneroka Lautan Terbilang
Kepada kawan² semua
Insyaallah aku akan bagi
gamba hardcopy dan emelkan softcopy gamba

kat korang dalam masa terdekat nih

Jadi harap bersabaq

Thursday, April 13, 2006

Hari Ini Dan Semalam

Hari ini kau datang riang
Tersenyum buat ku senang
Kau hias dirimu
Membuat hati bertambah sayang
Tapi wajahmu semalam muram
Mengapa dewi mengapa
Mungkinkah aku bersalah
Cubalah dewi katakan
Jangan dewi jangan begitu
Senyum, senyumlah selalu
Manis riang wajah bertambah jelita

Lagu Asal
J. Mizan (Jantan. Mizan)
Umur 53
Popular sekitar 1974
Info :: Utusan Malaysia

Aku selalu dengar lagu nih yang telah di beri nafas baru oleh kumpulan 6ithx Sense
aku cari sampai sekarang belum lagi terjumpa
so jika sapa ada info pasal lagu nih, kasiklah link.
aku nak download
bukan versi asal, tapi versi yang dah diberi nafas baru

Sekian

Monday, April 10, 2006

Sampai Hati



Kawan² semua. Sedar tak sedar ruparuparunya Si Kawan kita nih dalam diam² dah ada awek baru.
Sampai Hati Dia Tak Bagi Tau Kawan² Rapat Dia

Yang paling tak tahan awek dia SEKSi siot... Geram aku tengok.
Spesifikasi Wek Baru Duwang =
- Body pun perrrrrghhhh slim habis
- Tinggi ala² model (170cm)
- Cute gila kalah Nasha Aziz
- Baik Hati Sangat (Bukti, aku penah jumpa dan berborak dengan dia)
- Manja Siot (Kalo tak percaya, tengoklah senyum dia tuh)

Untuk info lanjut korang boleh lah klik kat blog Jaha
Sekian
#Sampai hati la dia buat kat teman baik sampai tak umumkan dalam diam² dia ada awek

http://www.friendster.com/profiles/wona

Sunday, April 09, 2006

Habis Exam Dah





Saturday, April 01, 2006

Rugi Rugi Rugi!!!

Bercerita pasal Jual Beli (bisnes) nih, memang tak boleh lari dari kerugian.
Kenapa? Tak percaya ka?
Kemarin aku hadapinya. Salah yang mudah dan kerugian yang melibatkan ribu² Ringgit Malaysia.
Sapa cakap jual baju, t-shirt, dan yang berkaitan tu senang?
Susah sebenaqnya. Nampak ja macam mudah. Dan nampak ja duit masuk banyak.
Padahal sewaktu deal dengan client dah berapa dah modal abih.
Nak call, sms, appointment dengan client. Semua tu ada prosuder dan prosuder tu pulak melibatkan wang ringgit.

Cerita nih berlaku camni. Baru je dua hari lepas.
Budak² dari Kelab Enviromental Technology (Entech) Kustem telah bersetuju untuk buat order 126 helai kemeja dengan Gua yang setiap sehelai berharga RM75.00. Bila semua dealing dah setel, proses baju pun dah siap dan penghantaran di buat, rupanya² hasil yang sepertimana dipersetujui telah di salah buat oleh pihak production. Budak² Entech nak macam sepertimana yang telah dipersetujui, tetapi production telah tersalah komunikasi antara pemberi maklumat. Jadi semua kemeja yang dihantar ditolak bulat² oleh budak² Entech. Bayangkan sehelai kemeja RM75. Kalo dah 126 lai jadi total semua RM9450. Semua nih perlu di tanggung oleh production. Mujurlah Gua yang handle dealing dengan client ja. Kalo Gua buat production, mahu terduduk nak tanggung kerugian. Mana tidaknya, kita dah spent masa, bayar gaji etc. tetiba barang yang kita deliver tak menepati kehendak pengguna.
Bayangkan lah saat tu. Bawa bincang dengan client ok, tapi anak² buah client pulak keras kepala nak report Polis, nak report kat orang atasan Kustem. Isk² naya betul la...

Jadi sebagai pengajaran, sebelum nak buat sesuatu tu, pastikan persetujuan antara kedua² belah pihak tu ada kata putus dan jangan pulak kita tak respect pengguna. Kerana penggunalah aset paling berharga dalam menjalankan aktiviti bisnes nih.

1 haribulan April 2006 adalah satu hari pengajaran bermakna buat diriku.