Best Betul England Kalah

I cut Ronaldo's nuts offLaporan LanjutRooney mahu ‘belah dua’ Ronaldo
LONDON - Sayap Portugal, Cristiano Ronaldo yang dikecam kerana peranannya dalam penyingkiran Wayne Rooney pada perlawanan suku akhir bola sepak Piala Dunia, tidak akan kembali ke Manchester United tetapi bakal menghadapi pembalasan penyerang England itu pada masa depan.
Memetik satu sumber tanpa nama, akhbar The Sun semalam melaporkan, Rooney mengugut akan ‘memecahnya menjadi dua’ apabila mereka
bertemu semula.
Selepas Rooney memijak pangkal paha pertahanan Ricardo Carvalho, Ronaldo bergegas ke arah pengadil Argentina untuk mengadu. Apabila Ro
oney ditayangkan kad merah sejurus selepas menolak Ronaldo, kamera merakam pemain Portugal itu mengenyit mata ke bangku simpanan
pasukannya.
“Ketika bersarapan di hotel pagi ini, Rooney berkata, dia akan memecahnya menjadi dua dan menampar kepalanya. Siapa boleh menyalahkannya?,” kata satu sumber kepada The Sun.
“Dia bersungguh menyelesaikan dengan caranya sendiri dan tiada siapa dapat berbuat tentangnya,” kata sumber itu.
The Sun juga menyertai kumpulan anti-Ronaldo dengan menyiarkan papan dart dengan gambar Ronaldo mengenyit.

Selepas Rooney dibuang padang, Ronaldo mengenyit ke bangku pasukan dan rakan sepasukannya. Cara itu terus menggambarkan peribadinya. Jika saya bermain menentang rakan sepasukan dari Liverpool dan terlibat dalam situasi sedemikian, saya tidak akan cuba menyingkirkannya. – AP
Sumber :: Utusan Malaysia